1,319 kesalahan dikesan menerusi pemeriksaan 956 kenderaan dalam operasi khas rentas sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.
Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata daripada jumlah itu, kesalahan tertinggi direkodkan ialah memotong barisan mengguna lorong kecemasan dengan 252 kesalahan.